AJARAN ISLAM
WASIAT LUQMAN AL-HAKIM TENTANG SIFAT-SIFAT TERCELA DAN TERPUJI.. 1. WASIAT LUQMAN AL-HAKIM TENTANG SIFAT-SIFAT TERCELA DAN TERPUJI Oleh Dr. Suhanim binti Abdullah (hanimsu@yahoo.com) Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Dr. Rosnaaini binti Hamid (rosnaaini@uum.edu.my) Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah ABSTRAK Luqman al-Hakim merupakan seorang soleh yang dikurniakan hikmah dan kebijaksanaan oleh Allah. Beliau banyak member nasihat kepada anaknya dan hal ini dirakamkan oleh al-Quran dalam Surah Luqman. Kertas kerja ini membincangkan wasiat Luqman al-Hakim tentang sifat-sifat tercela dan terpuji. Sifat-sifat tercela merangkumi perbuatan syirik dan sombong. Manakala sifatsifat terpuji merangkumi sifat syukur, inabah, sabar dan bersederhana dalam hidup. Perkara ini tercatat pada ayat 13, 17, 18 dan 19 dalam Surah Luqman. Pen...